Wednesday, 24 June 2020

Jasa Ibu Bapa


Coretan Rakan, syabas, maju!


Ketika kita masih berusia setahun jagung, ibu bapa telah menjaga kita dengan penuh kasih sayang persis peribahasa Melayu, ”bagai menatang minyak yang penuh.” Sealiran dengan itu, ketika ibu bapa menjangkau usia, kita tidak seharusnya bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana ibu bapa telah bersusah payah dan bersengkang mata untuk membesarkan kita. Dalam konteks ini, anak-anak harus ingat bahawa seandainya mereka melayani ibu bapa dengan sempurna atau sebaliknya,suatu hari nanti anak-anak mereka akan melakukan hal yang sama. Oleh itu,anak-anak perlulah sentiasa prihatin terhadap ibu bapa yang lanjut usia. Hal ini dikatakan demikian kerana penat lelah ibu bapa yang sanggup membanting tulang empat kerat bekerja sehari suntuk berbaloi jika anak-anak bersikap prihatin. Sesungguhnya, sesetengah ibu bapa akan berasa tiada lagi orang yang sayang akan mereka ketika mereka menjangkau usia. Oleh itu, anak-anak tidak sepatutnya membiarkan ibu bapa menghabiskan usia senja di rumah penjagaan warga emas. Jika tidak tinggal sebumbung sekalipun, anak-anak mestilah sentiasa menjenguk mereka supaya  mereka berasa dirinya diutamakan. Dengan ini, barulah ibu bapa akan sentiasa riang dan gembira. Ringkasnya, anak-anak diturunkan amanah untuk memastikan ibu bapa menjalani hidup berkualiti. Atas kesedaran inilah, anak-anak mestilah memberikan perhatian dan keprihatinan kepada ibu bapa ketika mereka menjangkau usia untuk membalas jasa bakti mereka.

Wednesday, 27 May 2020

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Ihsan Szyu_Sxyun

Sudah terang lagi bersuluh bahawa slogan “Guru, obor hemah menyinari pertiwi” senantiasa diuar-uarkan oleh pihak kerajaan supaya anak-anak murid menghargai jasa guru. Mereke telah bertungkus lumus untuk melengkapkan keperibadian dan personaliti kita. Sebagai murid yang berjiwa raga, saya akan berbudi bahasa dan beradab sopan terhadap guru dalam kehidupan.


Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru menjadi indikator prima agar masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin tenat dan nazak dapat menemui titik noktahnya. Rentetan daripada senario itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk memudahkan tugasan mereka dalam konteks penghargaan jasa guru.

Guru, kehadiran mereka menjadi penyeri hidup, jasa bakti mereka menjadi pemacu kegemilanga. Dalam fragmen ini, saya akan menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap mereka dengan memberi hadiah sempena Hari Guru untuk menghargai curahan usaha dan titik peluh mereka selama ini.

Dalam meniti kehidpun yang pantas berubah dan rancak beralih, kita terpaksa menempuhi aral melintang dan batu penghalang yang timbul tenggelam tanpa berkesudahan. Sealiran dengan itu, saya akan mendoakan kesejahteraan guru supaya guru sentiasa memperoleh limpahan rezeki Tuhan.


Ayuhai, rakan-rakan pelajar, nukilan Usman Awang,
          “Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
           Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
           Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca”
sengaja dicedok untuk kita mengenang jasa guru. Lantaran itu, saya akan sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah dengan berpaksikan teras “Kedaulatan Undang-undang” dalam Rukun Negara.

Kita cakna bahawa guru ibarat penelaah ilmu yang sentiasa menagih komitmen supaya dapat melahirkan kuntum-kuntum pertiwi untuk memacu lonjakan masa depan nusa tercinta. Sebagai agenda primer untuk menghormati dan menghargai jasa mereka dalam mendidik saya selama ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat ini sebagai tanda membalas jasa mereka.                          
              Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
                      Bagai bunga kembang tak jadi.

Maksud yang tersirat dalam seuntai pantun yang diajarkan oleh guru akan terus saya selami supaya bijak berguru demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saturday, 25 April 2020

Hikmat Rukun Negara


Rukun Negara

-Kepercayaan Kepada Tuhan
Antara sedar atau tidak, ajaran agama ialah perisai untuk melindungi kita daripada ancaman. Dalam konteks ini, teras pertama dalam Rukun Negara iaitu “Kepercayaan Kepada  Tuhan” sememangnya menjadi pegangan agama supaya dapat mencapai ketenangan dan kesabaran dalam kehidupan.

Tidak dapat dinafikan bahawa keresahan dan kegelisahan masyarakat telah membuak-buak kerana masalah sosial semakin bermaharajalela. Dalam fragmen ini, teras Kepercayaan Kepada Tuhanmestilah dijunjung dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana agama ibarat nur yang menerangi kehidupan.


-Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Setelah menghela nafas kemerdekaan sejak tahun 1957, negara kita telah menempa kecemerlangan di puncak jagatraya. Kita cakna, semangat pariotik ialah nadi prima supaya Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Berpayungkan prinsip Rukun Negara “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”, rakyat jelata mestilah celik daripada lena yang berpanjangan dan bangkit di barisan terdepan sehilir semudik menyemarakkan semangat patriotik sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-belahkan kita.

Realitinya,persefaham dan penerimaan generasi terdahulu terhadap Rukun Negara hendaklah dijadikan pedoman dan iktibar dalam kehidupan.Melalui lafazanKesetiaan Kepada Raja dan Negara , rakyat jelata berikrar bersinergi sederap untuk memahkotakan kedaulatan negara suapaya kesejahteraan hidup dapat tercapai.


-Keluhuran Perlembagaan
Tidak dapat dinafikan bahawa kemerdekaan tanah air bukan pada saat kita bebas daripada cengkaman penjajah tetapi pengisian sepanjang kemerdekaan yang lebih bermakna. Atas kesedaran inilah,  remaja yang dikenal pasti sebagai tongkak negara diseru menyambut gamitan menara impian teras “Keluhuran Perlembagaan” dalam Rukun Negara supaya bertekad dan menekad mempertahankan kedaulatan tumpah darah.

Hakikatnya, teras Keluhuran Perlembagaa” hendaklah senantiasa disanjung tinggi dalam perkamusan hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana perlembagaan negara merupakan pelindung kepada rakyat.


-Kedaulatan Undang-undang
Dasawarsa ini, masalah rasuah dalam kalangan masyarakat kian tenat dan nazak.  Dalam pada itu, tumpuan mestilah diberikan pada teras “Kedaulatan Undang-undang” dalam Rukun Negara. Hal ini dikatakan demikian kerana undang-undang yang tegas akan menyuntik kesedaran  dan memberikan amaran kepada mereka yang berjenayah supaya konsep “yang mana buaya, yang mana budaya, yang mana kaca, yang mana permata” akan tera dalam jiwa.

Beralih ke jendela yang lain, penguatkuasaan undang-undang dikenal pasti sebagai wadah ampuh untuk merungkai masalah kemalangan dari akar umbi.Berpaksikan konsepKedaulatan Undang-Undang”,  masyarakat tidak berani menyalahi undang-undang kerana rasa tanggungjawab telah bertapak luas dalam jiwa.


-Kesopanan dan Kesusilaan
Teras Rukun Negara, “Kesopanan dan Kesusilaan” telah memberikan petunjuk dan pedoman kepada kita supaya tidak sekali-sekala  membutakan mata yang celik, memekakkan telinga yang tajam ,mengaburi hati yang jernih sehingga budi bahasa terhempas ke tempat tercorat. Oleh itu, ibu bapa tidak dapat lari daripada hakikat mereka mengasuh anak-anak senantiasa berakhlak mulia dan bersahsiah luhur. Tidak hairanlah matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan yang berketampilan dan seimbang dari aspk jasmani, emosi, rohani dan intelek  akna menjadi realiti.

Berpaksikan konsepRumahku, Syurgakuyang diuar-uarkan , ibu bapa memikul obligasi untuk memantau kerenah anak-anak dalam kehidupan.Pemantauan yang apik lagi siaga menandakan permulaan yang positif agar modal insan yang menghayati terasKesopanan dan Kesusilaan dapat dilahirkan.


Tuesday, 21 April 2020

Novel01 Eksposisi


Huraikan eksposisi novel.
Komen Jawapan :
1) Haiqal ingin mengenali arwah bapa kandungnya, Abdullah Bin Kayan dan mendapat tahu sejarah hidupnya setelah menerima manuskrip.
2) Sebelum memasuki sekolah tadika, umi Haiqal memberitahunya bahawa walid bukan bapa kandungnya dan bapa kandungnya berada jauh.
3)Semasa Haiqal berada di tahun enam, mereka mendapat perkhabaran bahawa bapa kandungnya telah meninggal dunia. Namun begitu, Haiqal tidak dibenarkan melawat jenazah arwah bapa kandungnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Hanya umi dan walid yang melawat jenazah bekas suaminya.

  fakta Ayat 1 telah pesong
                A2 tidak menyentuh imbas kembali
                A3 tidak berlaku dalam eksposisi


Novel yang telah saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam permulaan novel, Haiqal telah mendapat tahu sejarah hidup ayah kandungnya,Abdullah bin Kayan setelah membaca manuskrip yang diterima. Selain itu,fikiran Haiqal telah menerawang pada usia enam tahun.Ketika Haiqal berusia enam tahun,uminya telah memberitahu Haiqal bahawa (walid ialah ayah tirinya). [Di samping itu], Haiqal juga bertekad untuk menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya.




Permulaan novel dikatakan menarik.Berikan alasan.
Permulaan novel dikatakan menarik kerana telah memberikan pengajaran kepada pembaca-pembaca,iaitu kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.Sebagai buktinya,Haiqal menghormati pendirian uminya kerana menyayangi uminya.Selain itu,permulaan novel ini menarik kerana pelbagai teknik plot digunakan,seperti imbas kembali.Sebagai contohnya, fikiran Haiqal menerawang pada usia enam tahun semasa membaca manuskrip.Uminya telah memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.

..Gunakan ayat gramatis.
…Cth : Permulaan novel ini menarik kerana pengarang telah memperkenalkan watak utama, iaitu….Haiqalialah seorang remaja yang…..
Selain itu, jalan cerita novel ini bergerak lancer kerana pengarang mempraktikkan pelbagai teknik plot, antaranya unsure saspens. Cth


Soalan(2) :
Adakah anda bersetuju dengan permulaan novel?
Jawapan :
Setuju. Bahagian permulaan novel ini dimulakan dengan pengarang memaparkan watak utama, Haiqal ingin mengetahui hidup sejarah bapa kandungnya, Abdullah Bin Kayan. Klonfik dalam novel ini timbul setelah Haiqal menerima senaskhah manuskrip yang merupakan karya bapa arwahnya. Kisah ini membolehkan cerita ini diteruskan dengan cara Haiqal menyelesaikan konflik ini dan perjalanannya mendalami sejarah hidup bapa kandungnya.



Monday, 27 January 2020

Titian2020

Peranan anda menghargai jasa tokoh sejarah/menghayati kemerdekaan

1.       Konsep “ Aku Anak Malaysia” yang dicanangkan ialah usaha rekayasa untuk mengindoktrinasikan semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia. Atas kesedaran inilah, saya mestilah sentiasa berbangga menjadi anak Malaysia.

2.       Warna kesejahteraan tanah air telah lama menghiasi landskap sosial bumi bertuah ini. Legasi kepimpinan TARazak terus menjadi mercu suar yang menerangi landasan bernas ke jalan bahagia. Dalam fragmen ini, saya bertanggungjawab untuk mengekalkan kesejahteraan hidup berpayungkan prinsip-prinsip Rukun Negara....Lafazan ikrar...prbhs "barang dikata, itulah kota"

3.       SHK

4.       Nikmat di sebalik prbhs “Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan” perlu saya telusuri kerana tanpa…, adakah kita akan dapat…? Oleh itu, saya pasti akan bersyukur….belajar bersungguh-sungguh…mengisi kemerdekaan

5.       Sejarah ialah guru yang paling baik. Mengenali sejarah…memperingati perjuangan…meneruskan perjuangan…menyertai akt, cth kuiz sejarah…idola sanjungan,,,prbhs “kalau hendak belajar berenang dapatkan itik,…”…komen..prbhs” berguru pada yang tahu, meminta pada yang ada dan berkaul pada yang kuasa”…tidak boleh bersikap “kacang…”kebijaksaan mereka…M’sia terus C, G dan T.

6.       Mencintai Bahasa Kebangsaan..mencintai tanah air. Jati diri Rakyat Malaysia.



Novel
1.       Jati diri
Peristiwa Haiqal menunaikan solat subuh telah dapat membina jati diri Kepercayaan kepada Tuhan.
Huraian : Lengkapkan
A3: Peristiwa ini mendorong pembaca supaya sentiasa berpegang teguh pada agama
Atau …pembaca terdorong untuk mentaati agama
Atau…menimbulkan kesedaran/Menyemaikan nilai….

….Membina jati diri tolong-menolong dalam hidup bermasyarakat
…Penduduk KSP…
…Pembaca terdorong untuk mengamalkan….

2.       Jelaskan peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan kemukakan alasan  anda.

Antara per yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Haiqal….Huraian Lengkap…Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana peristiwa ini menimbulkan kesedaran, iaitu, pengajaran.

Atau peristiwa ini menyemaikan nilai….
Atau peristiwa ini mendorong pembaca supaya

Muafakat Malaysia


Aktiviti-Aktiviti Yang Perlu Diadakan Untuk Merapatkan Hubungan Masyarakat Yang Pelbagai Kaum Di Negara Kita
Dalam era kontemporari ini, kita disajikan dengan menara-menara kaca milenium yang gah dan gagah mencengkam langit tatkala ibu pertiwi kita begitu ghairah untuk meluaskan horizon pembangunan dan melebarkan sayap perkembangan tanah air sehingga mampu ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan jaguh dunia yang lain. Antara sedar atau tidak, pucuk pimpinan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad telah pernah menggagaskan Wawasan 2020 sebagai perisai ampuh untuk memahkotakan kegemilangan tanah tumpah darah. Hubungan yang rapat dalam konteks kemajmukan Malaysia ialah pemangkin untuk menghidupsuburkan semangat perpaduan yang semakin runtuh rohnya dalam kotak minda masyarakat majmuk ketika melodi negara maju jaya asyik didendangkan. Hakikatnya, semangat perpaduan telah pun menjadi indikator yang komprehensif untuk mengisi kemerdekaan sejak pekikan Merdeka 63 tahun yang lalu. Malang dan sayang sekali, generasi pascamerdeka rata-ratanya tidak menyedari hikmat di sebalik mutiara kata George Santayana, “ mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”. Dalam nada yang berbeza, tragedi 13 Mei 1969 haruslah sentiasa segar dalam kalbu seantero masyarakat supaya masyarakat bertungkus lumus untuk mempertemukan semangat perpaduan melalui hubungan yang rapat dan erat. Kita haruslah menghayati erti yang tersemat dalam bait syair,
“aduh mengapa kita berbalah,
bersama diri berpecah-pecah,
kenyanglah yu bila jong pecah,
hitamlah tanda dalam sejarah”

supaya pisang tidak berbuah dua kali. Sesungguhnya, semangat perpaduan dapat dihidupsuburkan melalui penglibatan komuniti dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan untuk mengeratkan hubungan sesama mereka kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata pujangga“hidup tanpa cita-cita ibarat pepohon yang tidak berputik” haruslah dijadikan suntikan semangat untuk membina hubunagn yang erat dalam masyarakat majmuk. Sudah sampailah masanya kita celik daripada  fantasi yang berpanjangan dengan merapatkan hubungan masyarakat majmuk melalui pelbagai aktiviti supaya gagasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 terus bernadi kuat.
Sebagai manusia yang bernaluri, kita tidak wajar menanti kejatuhan lampu ajaib Aladdin, sebaliknya haruslah berpegang pada aforisme “genggam bara api, biarlah sampai jadi arang” supaya usaha yang dicurahkan tidak menjadi sia-sia ibarat ‘membandarkan air ke bukit’. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, aktiviti gotong-royong merupakan landasan yang bernas untuk merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya, aktiviti gotong-royong merupakan kepujangaan dan fitrah harakat nenek moyang dalam mengukir perahu hidup yang sasa lagi tegap. Atas pegangan inilah, kita perlu mengasimilasikan amalan yang begitu syumul dan behena daripada jejak hidup nenek moyang sesuai dengan pepatah “ buang yang keruh, ambil yang jernih”. Umpamanya, kita dapat turun padang berjinak-jinak dalam aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran. Selain dapat menyokong kempen ‘Jom Ganyang Aedes’ yang dilancarkan oleh pihak kerajaan, kita dapat membasmi vektor penyakit terutamanya nyamuk Aedes yang merupakan pembawa angkara penyakit Deman Denggi dan Zika. Sehaluan dengan itu, penghuni sesuatu kawasan perumahan dapat bantu-membantu dan bekerjasama untuk menjamin kebersihan kawasan kediaman tanpa mengira perbezaan dari segi kaum. Sedarkah kita bahawa“kebersihan ialah sebahagian daripada iman”. Kita haruslah menitikberatkan kebersihan persekitaran selaras dengan cogan kata “Negara Bersih, Rakyat Sihat”. Hubungan mesra dalam masyarakat majmuk pasti akan terjalin ‘bagai isi dengan kuku’ kerana mereka dapat berkenal-kenalan dan berkongsi pelbagai asam garam sepanjang aktiviti gotong-royong. Perkenalan antara jiran pasti menjanjikan seribu satu faedah kerana jiran sepakat membawa berkat. Lafazan Shahrir “cita-cita bererti juga kerelaan bekerja untuk kepentingan orang lain” mewajarkan komuniti serik terhadap kemaslahatan aktiviti gotong-royong untuk menjalinkan hubungan rapat sesama kaum. Intihanya, canda gurau dan sembang santai ketika melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong mewujudkan kemesraan dan mengeratkan keakraban dalam kehidupan.
Pujangga dahulukala pernah berlafaz “dapatkanlah lima perkara  sebelum anda kehilangan lima perkara,
“Masa muda sebelum tua,
Masa sihat sebelum sakit,
Masa lapang sebelum sibuk,
Masa senang sebelum susah,
Masa hidup sebelum mati”.

Ertinya, kita perlulah menghargai detik-detik kehidupan yang dikurniakan Tuhan sebelum menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak gunanya. Bicarawara yang seterusnya, aktiviti riadah ialah batu loncatan untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat. Persepsi ini terjelma kerana aktiviti riadah yang dijalankan secara beramai-ramai akan menjadi serampang dua mata, iaitu merapatkan ikatan setia kawan dan menjanakan kesihatan. Dalam fragmen ini, pucuk kepimpinan negara yang unggul telah mengimplemantasikan Hari Sukan Negara sebagai platform primer dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat jelata. Jika kita fokuskan lensa perbincangan dalam skop yang lebih holistik, aktiviti riadah merupakan mukjizat yang mujarab dan mustajab untuk melegakan tekanan jiwa. Sekiranya ditinjau dalam dimensi yang berbeza, hubungan sesama masyarakat majmuk dapat dilestarikan kerana mereka dapat berbincang tentang seribu satu insiden yang berlaku dalam rutin harian semasa beriadah. Aktiviti berjoging pada hujung minggu, contohnya membuka ruang kepada masyarakat untuk bertanya-tanya khabar dan beramah mesra.Lebih istimewa, tip-tip penjagaan kesihatan boleh dikongsi sesama berjoging. Masyarkat pasti akan memahkotai hati dengan kegirangan dan kesyukuran terhadap perkongsian pintar yang terjalin. Dengan ini, masyarakat pasti cakna tentang konsepsi “badan sihat, otak cerdas” kerana aktiviti bersenam membentuk tubuh badan yang sihat sekali gus menceriakan minda. Nukilan Abraham Lincoln “orang akan hidup bahagia jika dia mahukan kebahagiaan” haruslah menjadi pegangan komuniti untuk berjinak-jinak dalam aktiviti beriadah. Tuntasnya, aktiviti riadah ialah wadah unuk merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat yang berbilang kaum.
“Kalau asal benih yang bernas, jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar”. Demikianlah nukilan yang memanifestasikan peri pentingnya aktiviti rukun tetangga di kawasan kediaman dalam usaha pemupukan hubungan erat ibarat ‘aur dengan tebing’. Berpegang pada prinsip yang kita sepakati, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada variasi kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Kepelbagaian budaya dan cara hidup inilah yang menjelma menjadi mercu tanda kepada para pelancong asing dalam peta pelancongan Malaysia. Dalam konteks ini, kita wajarlah hidup dengan berbaik-baik di bawah bumbung muafakat persis peribahasa Melayu “bersekutu bertambah mutu” supaya nama baik Malaysia terus terserlah di persada dunia. Lanjutan daripada huraian yang terbentang, rukun tetangga yang dibentuk haruslah dianggotai olah penduduk yang pelbagai kaum untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman. Kita akur bahawa jiran sepakat membawa berkat. Sesuatu kerja yang berat pasti dapat diringankan melalui kerjasama jiran memandangkan peribahasa Melayu ada menyebut ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Selaras dengan pepatah “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”, kita dapat bersama-sama menggembleng tenaga dengan bergilir-gilir untuk menjaga dan meronda kawasan kediaman pada setiap malam agar kehidupan penduduk tidak menjadi ibarat ‘telur di hujung tanduk’ kerana kadar jenayah dapat disifarkan. Sesungguhnya, masa bukan sahaja unuk mengejar kekayaan materialistik, sebaliknya patutlah disalurkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan,khususnya rukun tetangga. Sebaliknya,kita tidak wajar mengharapkan hati budi jiran yang luhur sekiranya kita tidak turun padang sehilir semudik dan sehati sejiwa untuk merealisasikan kehidupan bahagia melalui hubungan yang erat antara jiran. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pernah berucap “Bekerjalah bersama-sama dengan saya, bukan bekerja untuk saya, kita bangunkan tanah air menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang”. Ucapan ini cukup ringkas tetapi berisikan makna yang mendalam, iaitu mewajibkan kita sederap menjulang Jalur Gemilang. Pendek kata, aktiviti rukun tetangga membuka episod terkini untuk mewujudkan hubungan mawaddah masyarakat majmuk kerana mereka terdorong untuk saling bekerjasama demi kehidupan yang selamat dan sejahtera.
Mutiara kata Alex Osborn yang berbunyi “Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri tetapi Aladdinlah yang menggosoknya terlebih dahulu” sememangnya berpijak di bumi nyata kerana curahan usaha hanya akan membuahkan hasil yang semanis madu sekiranya kerja yang bersulamkan semangat ‘habis kapak berganti beliung’ diadunkan kerana yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Memetik wasilat nirmala yang seterusnya, aktiviti kunjung-mengunjungi pada hari perayaan ialah tranformasi usaha untuk mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua agama mengajar penganutnya supaya saling menghormati dan hidup berbaik-baik dengan setiap insan di muka bumi. Seseorang yang mempunyai keimanan pasti akan menjadikan polarisasi kaum sebagai sempadan kerana mereka percaya hikmat di sebalik pesanan azimat “agama tidak melarang melakukan sesuatu jika tindakan itu tidak mendatangkan kebahagiaan hidup”. Misalnya, masyarakat boleh mengunjungi jiran tetangga dan saudara-mara ketika rumah terbuka hari raya. Dengan ini, tuan rumah cerat akan mengorak kelopak kegembiraan di taman hati kerana kunjungan tetamu kehormat. Sempena Hari Raya Aidilfitri, Kempen “Jom Kacau Dodol” yang bertemakan gotong-royong rakyat Malaysia telah dilancarkan di Bandaraya Bersejarah Meleka. Jika dihalusi dengan lebih terperinci, kehadiran kita sudah pasti akan disambut dengan tangan terbuka. Selain dapat merasai kemeriahan hari perayaan, persefahaman yang erat pasti dapat dibentuk dalam kalangan komuniti. Situasi ini amat sinonim dengan peribahasa ‘sambil berdiang, nasi masak’. Lebih-lebih lagi, kita dapat berkocak-kocak dalam suasana yang riang dan girang semasa sesuatu hari perayaan di samping duduk berdempang-dempang dengan rakan taulan sambil merasai keenakan juadah dan makanan tradisional yang dihidangkan. Sebagai implikasi, aktiviti kunjung-mengunjungi pada hari perayaan membolehkan kemesraan dijanakan tanpa prasangka dan keakraban dibina tanpa curiga. Tanpa curiga dan prasangka, barulah hubungan yang baik antara kaum dapat terjana. Lao Tze dalam mukadimahnya pernah berlafaz “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama jua”. Konklusinya, kita patutlah menghidupsuburkan amalan kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan untuk membina hubungan ukhuwah yang erat.
Dalam setiap langkah, azam kita hanyalah satu, iaitu tidak akan membenarkan hubungan erat masyarakat yang terbina sejak berdekad-dekad hanyut dalam arus pemodenan. Perlu diingatkan bahawa pembinaan negara bangsa yang sejahtera dan harmoni bukanlah proses yang mudah kerana terpahat padanya cabaran berliku-liku tetapi tidak mustahillah untuk direalisasikan kerana segala-galanya bertitik tolak daripada pengorbanan dan keikhlasan hati. Justifikasinya, sikap sambalewa dan semberono ibarat virus yang akan meruntuhkan ikatan muhibah lalu menggoyahkan kewibawaan tanah air. Tidak hairanlah tragedi seperti jatuhnya empayar Kesultanan Meleka terus menjelma sekiranya hubungan masyarakat dibiarkan renggang. Dengan mata yang celik, telinga yang tajam, hati yang jernih, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula penyelesaian yang terbaik bagi membentuk hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat supaya visi kudsi Wawasan 2030 bukanlah angan-angan Mat Jenin. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi , ‘buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat’. Sudah terang lagi bersuluh, kita tidak boleh tenggelam dalam sikap apati dan keakuan diri persis peribahasa “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Sebaliknya, kita haruslah mempunyai aspirasi yang serupa, melangkah ke destinasi yang sehala dan sentiasa gah dan megah untuk menjulang panji-panji perjuangan tanah air sederap demi keharmonian hidup bermasyarakat. Ingatlah, “jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapai kecemerlangan dengan jayanya”. Melainkan dengan komitmen yang pukal, kita berusaha untuk membina hubungan yang erat sesama masyarakat majmuk, dengan izin Tuhan, tiada alasan kita tidak akan dapat memasuki gerbang kejayaan.