Ihsan Szyu_Sxyun
Sudah terang lagi bersuluh bahawa slogan “Guru,
obor hemah menyinari pertiwi” senantiasa diuar-uarkan oleh pihak kerajaan
supaya anak-anak murid menghargai jasa guru. Mereke telah bertungkus lumus
untuk melengkapkan keperibadian dan personaliti kita. Sebagai murid yang
berjiwa raga, saya akan berbudi bahasa dan beradab sopan terhadap guru dalam
kehidupan.
Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru
menjadi indikator prima agar masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin
tenat dan nazak dapat menemui titik noktahnya. Rentetan daripada senario itu,
berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah adalah salah satu cara untuk
memudahkan tugasan mereka dalam konteks penghargaan jasa guru.
Guru, kehadiran mereka menjadi penyeri
hidup, jasa bakti mereka menjadi pemacu kegemilanga. Dalam fragmen ini, saya
akan menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap mereka dengan memberi
hadiah sempena Hari Guru untuk menghargai curahan usaha dan titik peluh mereka
selama ini.
Dalam meniti kehidpun yang pantas berubah
dan rancak beralih, kita terpaksa menempuhi aral melintang dan batu penghalang
yang timbul tenggelam tanpa berkesudahan. Sealiran dengan itu, saya akan
mendoakan kesejahteraan guru supaya guru sentiasa memperoleh limpahan rezeki
Tuhan.
Ayuhai, rakan-rakan pelajar, nukilan Usman
Awang,
“Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca”
sengaja dicedok untuk kita mengenang jasa
guru. Lantaran itu, saya akan sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan
sekolah dengan berpaksikan teras “Kedaulatan Undang-undang” dalam Rukun Negara.
Kita cakna bahawa guru ibarat penelaah ilmu
yang sentiasa menagih komitmen supaya dapat melahirkan kuntum-kuntum pertiwi
untuk memacu lonjakan masa depan nusa tercinta. Sebagai agenda primer untuk
menghormati dan menghargai jasa mereka dalam mendidik saya selama ini, saya
akan belajar bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat ini sebagai tanda
membalas jasa mereka.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
No comments:
Post a Comment