Wednesday, 24 June 2020

Jasa Ibu Bapa


Coretan Rakan, syabas, maju!


Ketika kita masih berusia setahun jagung, ibu bapa telah menjaga kita dengan penuh kasih sayang persis peribahasa Melayu, ”bagai menatang minyak yang penuh.” Sealiran dengan itu, ketika ibu bapa menjangkau usia, kita tidak seharusnya bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana ibu bapa telah bersusah payah dan bersengkang mata untuk membesarkan kita. Dalam konteks ini, anak-anak harus ingat bahawa seandainya mereka melayani ibu bapa dengan sempurna atau sebaliknya,suatu hari nanti anak-anak mereka akan melakukan hal yang sama. Oleh itu,anak-anak perlulah sentiasa prihatin terhadap ibu bapa yang lanjut usia. Hal ini dikatakan demikian kerana penat lelah ibu bapa yang sanggup membanting tulang empat kerat bekerja sehari suntuk berbaloi jika anak-anak bersikap prihatin. Sesungguhnya, sesetengah ibu bapa akan berasa tiada lagi orang yang sayang akan mereka ketika mereka menjangkau usia. Oleh itu, anak-anak tidak sepatutnya membiarkan ibu bapa menghabiskan usia senja di rumah penjagaan warga emas. Jika tidak tinggal sebumbung sekalipun, anak-anak mestilah sentiasa menjenguk mereka supaya  mereka berasa dirinya diutamakan. Dengan ini, barulah ibu bapa akan sentiasa riang dan gembira. Ringkasnya, anak-anak diturunkan amanah untuk memastikan ibu bapa menjalani hidup berkualiti. Atas kesedaran inilah, anak-anak mestilah memberikan perhatian dan keprihatinan kepada ibu bapa ketika mereka menjangkau usia untuk membalas jasa bakti mereka.

No comments:

Post a Comment