Rukun
Negara
-Kepercayaan Kepada Tuhan
Antara sedar atau tidak, ajaran agama ialah perisai
untuk melindungi kita daripada ancaman. Dalam konteks ini, teras pertama dalam
Rukun Negara iaitu “Kepercayaan Kepada
Tuhan” sememangnya menjadi pegangan agama supaya dapat mencapai
ketenangan dan kesabaran dalam kehidupan.
Tidak dapat dinafikan bahawa keresahan
dan kegelisahan masyarakat telah membuak-buak kerana masalah sosial semakin
bermaharajalela. Dalam fragmen ini, teras ”Kepercayaan Kepada Tuhan” mestilah dijunjung dalam kehidupan. Hal
ini dikatakan demikian kerana agama ibarat nur yang menerangi kehidupan.
-Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Setelah menghela nafas kemerdekaan sejak tahun 1957,
negara kita telah menempa kecemerlangan di puncak jagatraya. Kita cakna,
semangat pariotik ialah nadi prima supaya Malaysia terus cemerlang, gemilang
dan terbilang. Berpayungkan prinsip Rukun Negara “Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara”, rakyat jelata mestilah celik daripada lena yang berpanjangan dan bangkit
di barisan terdepan sehilir semudik menyemarakkan semangat patriotik sehingga
sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-belahkan
kita.
Realitinya,persefaham dan penerimaan
generasi terdahulu terhadap Rukun Negara hendaklah dijadikan pedoman dan
iktibar dalam kehidupan.Melalui lafazan” Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” , rakyat jelata berikrar bersinergi
sederap untuk memahkotakan kedaulatan negara suapaya kesejahteraan hidup dapat
tercapai.
-Keluhuran Perlembagaan
Tidak dapat dinafikan bahawa kemerdekaan tanah air
bukan pada saat kita bebas daripada cengkaman penjajah tetapi pengisian
sepanjang kemerdekaan yang lebih bermakna. Atas kesedaran inilah, remaja yang dikenal pasti sebagai tongkak
negara diseru menyambut gamitan menara impian teras “Keluhuran Perlembagaan”
dalam Rukun Negara supaya bertekad dan menekad mempertahankan kedaulatan tumpah
darah.
Hakikatnya, teras ”Keluhuran Perlembagaa” hendaklah
senantiasa disanjung tinggi dalam perkamusan hidup. Hal ini dikatakan demikian
kerana perlembagaan negara merupakan pelindung kepada rakyat.
-Kedaulatan Undang-undang
Dasawarsa ini, masalah rasuah dalam kalangan
masyarakat kian tenat dan nazak. Dalam
pada itu, tumpuan mestilah diberikan pada teras “Kedaulatan Undang-undang”
dalam Rukun Negara. Hal ini dikatakan demikian kerana undang-undang yang tegas
akan menyuntik kesedaran dan memberikan
amaran kepada mereka yang berjenayah supaya konsep “yang mana buaya, yang mana
budaya, yang mana kaca, yang mana permata” akan tera dalam jiwa.
Beralih ke jendela yang lain,
penguatkuasaan undang-undang dikenal pasti sebagai wadah ampuh untuk merungkai
masalah kemalangan dari akar umbi.Berpaksikan konsep”Kedaulatan Undang-Undang”, masyarakat tidak berani menyalahi undang-undang kerana rasa
tanggungjawab telah bertapak luas dalam jiwa.
-Kesopanan dan Kesusilaan
Teras Rukun Negara, “Kesopanan dan Kesusilaan” telah
memberikan petunjuk dan pedoman kepada kita supaya tidak sekali-sekala membutakan mata yang celik, memekakkan
telinga yang tajam ,mengaburi hati yang jernih sehingga budi bahasa terhempas
ke tempat tercorat. Oleh itu, ibu bapa tidak dapat lari daripada hakikat mereka
mengasuh anak-anak senantiasa berakhlak mulia dan bersahsiah luhur. Tidak
hairanlah matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan modal insan
yang berketampilan dan seimbang dari aspk jasmani, emosi, rohani dan
intelek akna menjadi realiti.
Berpaksikan
konsep“Rumahku, Syurgaku”yang
diuar-uarkan , ibu bapa memikul obligasi untuk memantau kerenah anak-anak dalam
kehidupan.Pemantauan yang apik lagi siaga menandakan permulaan yang positif
agar modal insan yang menghayati teras”Kesopanan
dan Kesusilaan” dapat dilahirkan.
No comments:
Post a Comment