Wednesday, 25 January 2023

Sarapan

 






 Sarapan untuk kesihatan dan kebahagiaan.

Orang akan hidup bahagia kerana mereka  mahukan kebahagiaan…Abraham Lincoln
Sarapan Pagi menjadi titik permulaan untuk mendekatkan hubungan kekeluargaan. Tanda kasih sayang ibu bapa. Tanam benih-benih kesyukuran. Keluarga bahagia.Rumahku, Syurgaku.

Bersarapan penting untuk menjanakan kesihatan tubuh badan. Jangkitan penyakit kerana kelaparan dan perut kosong mengancam kesihatan rakyat. Persediaan untuk mengelakkan penyakit gastrik. Tidak tergopoh-gopoh dan bersikap rasional. Redakan stres. Meningkatkan tingkah laku positif.

Pengambilan sarapan pagi memberikan ruang kepada masyarakat untuk mencergaskan kekuatan fizikal. Mengurangkan keletihan. Membekalkan sumber tenaga untuk perjuangan. Tidak mengantuk. Meningkatkan produktiviti. Merangsang semangat juang. Bersikap positif dan berdedikasi untuk memajukan diri. Modal Insan berminda kelas pertama


Dalam erti kata yang lain, sarapan juga dapat memupuk tumpuan dalam pengajaran dan pembelejaran…Minda yang cerdas menjadi indikator prima untuk berjaya. Mengilhami anak-anak murid untuk mencetuskan budaya kreativiti. Sikap semberono dan sambalewa dapat dikikis.  Rangsangan untuk berusaha. Suasana riang ketika belajar. Sekolah Ceria dapat diwujudkan.

+++

No comments:

Post a Comment