Coretan Rakan, syabas, maju!
Ketika kita masih berusia setahun jagung, ibu bapa telah
menjaga kita dengan penuh kasih sayang persis peribahasa Melayu, ”bagai
menatang minyak yang penuh.” Sealiran dengan
itu, ketika ibu bapa menjangkau usia, kita tidak seharusnya bersikap bagai
kacang lupakan kulit kerana ibu bapa telah bersusah payah dan bersengkang mata
untuk membesarkan kita. Dalam konteks ini, anak-anak harus ingat bahawa
seandainya mereka melayani ibu bapa dengan sempurna atau sebaliknya,suatu hari
nanti anak-anak mereka akan melakukan hal yang sama. Oleh itu,anak-anak
perlulah sentiasa prihatin terhadap ibu bapa yang lanjut usia. Hal ini
dikatakan demikian kerana penat lelah ibu bapa yang sanggup membanting tulang
empat kerat bekerja sehari suntuk berbaloi jika anak-anak bersikap prihatin.
Sesungguhnya, sesetengah ibu bapa akan berasa tiada lagi orang yang sayang akan
mereka ketika mereka menjangkau usia. Oleh itu, anak-anak tidak sepatutnya
membiarkan ibu bapa menghabiskan usia senja di rumah penjagaan warga emas. Jika
tidak tinggal sebumbung sekalipun, anak-anak mestilah sentiasa menjenguk mereka
supaya mereka berasa dirinya diutamakan.
Dengan ini, barulah ibu bapa akan sentiasa riang dan gembira. Ringkasnya,
anak-anak diturunkan amanah untuk memastikan ibu bapa menjalani hidup
berkualiti. Atas kesedaran inilah, anak-anak mestilah memberikan perhatian dan
keprihatinan kepada ibu bapa ketika mereka
menjangkau usia untuk membalas jasa bakti mereka.