Kita digalakkan memetik
kata-kata berhikmat cerdik pandai untuk menggayakan penulisan di samping
menjadi inspirasi kehidupan. Namun demikian, ramai yang kecundang ketika
mengadaptasi kata-kata berhikmat tersebut.
Semoga coretan ini sedikit banyak memberikan bantuan. Terima kasih
kepada pelajar-pelajar PTMM dan PTIP kerana memberikan ihsan dalam kerja
pembinaan perenggan-perenggan berikut.
“mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya
semula” ….. George Santayana
Kepentingan sejarah tanah air
Kesiagaan rakyat belajar sejarah memang dapat
mencerahkan masa depan ibu pertiwi kerana George Santayana pernah berlafaz
“mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”.
Pengetahuan sejarah yang mantap dapat mewujudkan
kebangkitan remaja Malaysia sebagai modal insan. Pesanan azimat George
Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya ” telah jali
dan jelas memanifestasikan kepentingan memahami sejarah nusa tercinta.
George Santayana pernah berkata “mereka yang melupai
sejarah pasti kan mengulanginya”. Kata-kata ini cukup ringkas tetapi membawa
maksud yang padat kepada kita supaya menghayati sejarah tanah air.
Masyarakat seyogianya mengambil iktibar daripada
perjuangan tokoh-tokoh dan pemimpin negara yang telah menyumbang khidmat bakti
mereka demi kedaulatan bangsa dan negara supaya pisang tidak berbuah dua kali
kerana George Santayana pernah menyatakan bahawa mereka yang melupai sejarah
pasti akan mengulanginya
Hikmat di sebalik tinta mutiara George Santayana,
“mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menunjangi kehidupan
masyarakat supaya kita dapat mengambil iktibar dan pedoman daripada peristiwa
bersejarah.
Persis nasihat George Santayana, “mereka yang
melupai sejarah pasti akan mengulanginya”, kita tidak boleh sekali-kala
melupakan sejarah.
Pujangga George Santayana melaluinya mukadimahnya,
“mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menasihati masyarakat
supaya menghayati sejarah tanah air untuk memacu lonjakan masa depan.
Kata-kata George Santayana “mereka yang melupai
sejarah pasti akan mengulanginya” telah memberikan tamparan pedas kepada
seantero masyarakat supaya mereka memaklumi kepentingan dan kemaslahatan
sejarah lalu mengorak langkah untuk turun padang agar benih penghayatan sejarah
bertunas dalam setiap hati yang berdetik.
George Santayana pernah menukilkan kepentingan
mengenali sejarah melalui kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah pasti
akan mengulanginya”.
Kata-kata ahli falsafah Yunani George Santayana,
“mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” sengaja disunting untuk
menyeru masyarakat supaya tidak
melemparkan sejarah tanah air di tempat tercorot.
Tinta-tinta berhikmat
George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” sememangnya mengilhami seantero
masyarakat untuk mengamati sejarah ibu pertiwi.
Nukilan yang ditinta oleh George Santayana, “mereka
yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” seyogianya menyuntik kesedaran
dalam jiwa masyarakat.
Nasihat yang terpahat dalam kata-kata mutiara “mereka
yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula” jelas menasihati masyarakat
supaya meletakkan sejarah tanah air sebagai prioriti dalam kehidupan.
Kata-kata mutiara George Santayana yang berbunyi “mereka
yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” hendaklah dijadikan
sebagai pegangan hidup masyarakat. Dengan ini masyarakat yang mengenali sejarah
tanah air pasti dapat menjayakan aspirasi negara ketika mengemudi bahtera
wawasan 2020 menujui pulau impian.
Kita seyogianya menitikberatkan peranan sejarah
tanah air sebagai penanda aras untuk mengibarkan bendera kejayaan di puncak
jagatraya. Dengan ini, kita pasti akan menyelami hikmat di sebalik kata-kata
mutiara “meraka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”.
Hikmat di sebalik tinta George Santayana, “mereka
yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” hendaklah dijadikan
sebagai prioriti dan agenda prima dalam kehidupan. Implikasinya, masyarakat
pasti dapat meredahi onak dan duri ketika berlari di padang hidup.
Berpayungkan kata-kata mutiara “mereka yang melupai
sejarah, pasti akan mengulanginya semula”, sejarah tanah air pasti akan terus
bersinaran dalam peredaran zaman.
“Mereka yang melupai sejarah, pasti akan
mengulanginya semula”. Demikianlah analogi mudah yang memanifestasikan peri
pentingnya pengenalan sejarah tanah air untuk membina mahligai kebahagiaan yang
kukuh.
George Santayana pernah berkata “mereka yang melupai
sejarah pasti akan mengulanginya”. Kenyataan ini menegaskan kepentingan
mengenali sejarah tanah air dalam menerajui negara ke kemuncak kejayaan
sehingga nusa kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju.
Kata-kata mutiara George Santayana yang berbunyi “mereka
yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” sememangnya termakan
akal dan maakul. Hal ini demikian kerana kita dapat memperoleh pengajaran dan
iktibar daripada sejarah tanah air.
Kata-kata pujanga George Santayana yang berbunyi “mereka
yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” menjadi inspirasi kepada
kita untuk mengenali sejarah tanah air.
George Santayana pernah berlafaz, “mereka yang
melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Kata-kata ini memberi
pengajaran kepada anak watan supaya menunaikan tanggungjawab untuk mengenali
sejarah tanah air.
Kata-kata mutiara George Santayana, “mereka yang
melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” boleh dijadikan pedoman dan
petunjuk kepada masyarakat supaya meletakkan sejarah tanah air sebagai agenda
utama dalam kehidupan.
Kita mestilah mengenali sejarah tanah air supaya
tidak akan mengulangi kesilapan masa silam selaras dengan kata-kata pujangga “mereka
yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”.
Kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah,
pasti akan mengulanginya semula” sememangnya berpijak di bumi nyata kerana
sejarah tanah air amat penting untuk mengukir perahu hidup.
Kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah,
pasti akan mengulanginya semula” menyemai benih kesedaran dalam jiwa masyarakat
untuk mengenali sejarah tanah air supaya dapat melakar pelangi berseri dalam
kehidupan.
Negara kita, Malaysia telah menjadi tapak semaian untuk membesarkan
cerucuk pembangunan yang berkarisma dan berkaliber. Sebagai anak Malaysia, kita
seyogianya mengorak kelopak syurkur di dalam taman hati kerana tanpa Malaysia,
siapakah kita? Menelusuri erti yang tersemat dalam puisi ‘Syair Jong Pecah’
yang berentak,
“Kita
dijajah empat kurun,
ditambah empat puluh enam tahun,
budaya dan ilmu setandus gurun,
harga diri semakin turun”,
kita diseru supaya mencintai tanah air. Setelah menghela panjang
nafas kemerdekaan sejak tahun 1957, kita telah pun disuguhkan menara-menara
kaca milenium yang gagah dan megah. Antara sedar atau tidak, wawasan 2020
yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjungi transformasi
pembangunan tanah air supaya negara kita mara menjadi negara maju sehingga
setanding dengan negara atas angin. Ironisnya, terdapat sebahagian rakyat
langsung tidak mengenali sejarah tanah air ketika kita asyik dan ghairah
mendendangkan melodi negara maju jaya dalam era globalisasi yang sarat
dengan pancaroba. Cubalah kita bayangkan, mungkinkah seseorang itu mencintai
tanah air sekiranya dia tidak mengerti susah payah dan pahit getir
pejuang-pejuang terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan? Tepuk dada,
tanyalah selera. Tinta hukama George Santayana yang berbunyi, “mereka yang
melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menggambarkan betapa penting dan
vitalnya sejarah. Hakikatnya, sejarah ialah penawar dan pelengkap kehidupan.
Tanpa penghayatan dan pamahaman sejarah, mustahillah nagara kita berjaya
menerjah kajayaan di sandiwara antarabangsa. Berpaksikan lafazan cerdik pandai
Steve Jobs, “ Stay Hungry, Stay Foolish”,marilah kita celik daripada lena yang
berpanjangan lalu mengindoktrinasikan pengetahuan sejarah tanah air ke dalam
jiwa anak-anak kerana tak kenal maka tak cinta. Dengan ini, benih-benih cinta
akan nagara yang disemaikan akan bercambah menjadi tunas hijau lalu membesar
menjadi pepohon yang sasa mencengkan tanah pada masa depan agar wawasan 2020
yang dicanangkan bukan lagi omongan. Pernahkah terlintas dalam benak fikiran
kita, “apakah kepentingan mengenali latar belakang tanah air dalam era yang
pantas beralih dan rancak berubah ini?”.
Bet on sports in Arizona - Dr.MCD
ReplyDeleteThe 보령 출장안마 state of Arizona requires that players wager in any 충청남도 출장안마 sporting event, and 영천 출장마사지 not at 인천광역 출장샵 casinos. · If the bettor wins, the bettor 원주 출장안마 receives a