Friday, 21 March 2025

Stimulator Esei Mac25

 Ketika kita seronok menyelami nikmat kemerdekaan, ketika kita rancak membangunkan tanah air, negara kita mulai menempa nama di persada antarabangsa. Namun begitu, terdapat lakaran suram yang membayangi kemajuan negara. Sesetengah remaja masih bersikap acuh tak acuh terhadap obligasi yang terpikul dalam mengisi kemerdekaan. Kita cakna, generasi muda ialah tiang seri negara bak kata pepatah, "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara."Persoalannya, apakah peranan-peranan generasi muda terhadap nusa dan bangsa?

Bukankah remaja ialah tonggak pembangunan negara? Oleh itu, remaja sewajarnya berani merentasi segala cabaran yang dihadapi untuk merealisasikan segala cita yang bermimpi. Dalam konteks ini, generasi muda bertanggungjawab untuk meningkatkan ilmu dan skil agar dapat berkhidmat untuk nusa tercinta. Sehubungan dengan ini, amalan membaca sepatutnya dibudayakan dalam kalangan remaja supaya dada berisi ilmu pengetahuan. Melalui amalan membaca dan sikap mencintai ilmu, mereka mampu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, contohnya kemahiran kecerdasan buatan. Sekiranya remaja sentiasa menerapkan amalan mulia ini dalam kehidupan, sudah pastilah mereka tidak akan tersasar daripada hala tuju hidup. Impaknya, golongan sahmura mampu memperkukuh daya saingan sendiri sekali gus membawa Malaysia selangkah ke hadapan. Biarlah pepohon terus menghijau, biarlah menteri terus bersinar, biarlah Malaysia terus cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kita sedia maklum bahawa tragedi 13Mei yang berlaku pada tahun 1969 merupakan titik hitam yang tidak dapat dihitamkan. Atas kesedaran inilah, golongan belia seyogianya sedar bahawa di bahu merekalah terpikulnya satu tanggungjawab untuk memupuk semangat perpaduan dengan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Sealiran dengan ini, aktiviti gotong-royong merupakan elemen yang bernilai tambah untuk mewujudkan persepakatan dalam kalangan belia. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, mereka akan bekerjasama untuk mempermudah sesuatu kerja yang rumit dan menyiapkan kerja dalam masa yang singkat. Rentetan itu, golongan belia yang berbilang kaum turut akan bergurau senda ketika menjalankan aktiviti gotong-royong. Tidak hairanlah kalau hubungan antara mereka akan dapat dieratkan. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, persefahaman dan integrasi nasional turut pasti akan diwujudkan dalam kalangan remaja. Kesannya, rakyat Malaysia akan hidup sejahtera.

Antara sedar atau tidak, pakaian tradisional menadikan kemakmuran negara. Dalam konteks ini, remaja berperanan penting untuk menjaga kelestarian dan adat resam dengan memperkenalkan pakaian tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana pakaian tradisional ialah warisan khazanah nenek moyang yang tidak ternilaikan harganya. Dengan ini, remaja digalakkan supaya dapat memakai pakaian tradisional bersempena dengan sambutan hari perayaan untuk menonjolkan identiti berbilang kaum. Biar kita ambil contoh, mereka boleh memakai baju kurung atau baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tindakan ini amat penting supaya remaja akan dapat berpeluang untuk menjamah kehalusan pakaian tradisional di samping mengenali pelbagai pakaian tradisional. Pendek kata, hikmat di sebalik peribahasa Melayu "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan" memberikan iktibar kepada remaja untuk sederap bersinergi mempertahankan pakaian tradisional agar budaya ini terus gah merentasi zaman.

Sudah terang lagi bersuluhlah bahawa kita masih jauh daripada menyentuh garis penamat dalam memajukan negara. Namun masih ada sinaran di hujung terowong jika generasi muda insaf daripada lena yang berpanjangan untuk membangunkan tanah air. Renungilah PESANAN azimat Sukarno, "Gantunglah cita-citamu setinggi langit, bermimpilah setinggi langit." Ayuh, remaja, bangkitlah, matahari belum lagi rembang, dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Sunday, 2 February 2025

Stimulus vs Ambang Remaja

 

Stimulus 01

Golongan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Belia dapat menyumbang kepada kamajuan ekonomi dengan menceburi bidang keusahawanan dan mencipta peluang pekerjaan baharu. Selain itu, pelibatan mereka dalam sektor-sektor strategik seperti sains dan teknologi berupaya untuk meningkatkan daya saingan negara pada peringkat global. Tambahan pula, peranan belia dalam aktiviti kesukarelawanan dan program pembangunan komuniti dapat memperkukuh perpaduan nasional dan meningkatkan kesejahteraan sosial.

 

Stimulus 02

Generasi muda mempunyai tangungjawab yang berat untuk memastikan kejayaan dan kemakmuran negara. Mereka perlu menghindari segala gejala yang membawa kemudaratan kepada negara. Selain itu, generasi muda juga harus memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimilliki untuk membangunkan negara dalam pelbagai bidang. Mereka juga berperanan untuk menjaga kelestarian budaya dan adat resam agar identiti nasional terus kekal.

 

(1)   Berdasarkan petikan di atas, huraikan tanggungjawab/ peranan/ ciri2/ persediaan generasi muda/belia terhadap nusa dan bangsa.

 

(2)   Sebagai respond kepada keratan ucapan di atas, huraikan tanggungjawab remaja terhadap negara.

 

(3)   Selain peranan yang dinyatakan dalam petikan di atas, jelaskan perwatakan generasi muda supaya Malaysia terus cemerlang.

 

 

Adaptasi Kata-kata Mutiara

Kita digalakkan memetik kata-kata berhikmat cerdik pandai untuk menggayakan penulisan di samping menjadi inspirasi kehidupan. Namun demikian, ramai yang kecundang ketika mengadaptasikan kata-kata berhikmat tersebut.  Semoga coretan ini sedikit banyak memberikan bantuan. Terima kasih kepada pelajar-pelajar PTMM dan PTIP kerana memberikan ihsan dalam kerja pembinaan perenggan-perenggan berikut.

“mereka  yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” ….. George Santayana

 Kepentingan sejarah tanah air

Kesiagaan rakyat belajar sejarah memang dapat mencerahkan masa depan ibu pertiwi kerana George Santayana pernah berlafaz “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”.

Pengetahuan sejarah yang mantap dapat mewujudkan kebangkitan remaja Malaysia sebagai modal insan. Pesanan azimat George Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya ” telah jali dan jelas memanifestisikan kepentingan memahami sejarah nusa tercinta.

George Santayana pernah berkata “mereka yang melupai sejarah pasti kan mengulanginya”. Kata-kata ini cukup ringkas tetapi membawa maksud yang padat kepada kita supaya menghayati sejarah tanah air.

Masyarakat seyogianya mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh dan pemimpin negara yang telah menyumbang khidmat bakti mereka demi kedaulatan bangsa dan negara supaya pisang tidak berbuah dua kali kerana George Santayana pernah menyatakan bahawa mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya

Hikmat di sebalik tinta mutiara George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menunjangi kehidupan masyarakat supaya kita dapat mengambil iktibar dan pedoman daripada peristiwa bersejarah.

Persis nasihat George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”, kita tidak boleh sekali-kala melupakan sejarah.

Pujangga George Santayana melaluinya mukadimahnya, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menasihati masyarakat supaya menghayati sejarah tanah air untuk memacu lonjakan masa depan.

Kata-kata George Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” telah memberikan tamparan pedas kepada seantero masyarakat supaya mereka memaklumi kepentingan dan kemalahatan sejarah lalu mengorak langkah untuk turun padang agar benih penghayatan sejarah bertunas dalam setiap hati yang berdetik.

George Santayana pernah menukilkan kepentingan mengenali sejarah melalui kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”.

Kata-kata ahli falsafah Yunani George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” sengaja disunting untuk menyeru masyarakat supaya  tidak melemparkan sejarah tanah air di tempat tercorot.

Tinta-tinta berhikmat George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” sememangnya mengilhami seantero masyarakat untuk mengamati sejarah ibu pertiwi.

Nukilan yang ditinta oleh George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” seyogianya menyuntik kesedaran dalam jiwa masyarakat.

Nasihat yang terpahat dalam kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula” jelas menasihati masyarakat supaya meletakkan sejarah tanah air sebagai prioriti dalam kehidupan.

Kata-kata mutiara George Santayana yang berbunyi “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” hendaklah dijadikan sebagai pegangan hidup masyarakat. Dengan ini masyarakat yang mengenali sejarah tanah air pasti dapat menjayakan aspirasi negara ketika mengemudi bahtera wawasan 2020 menujui pulau impian.

Kita seyogianya menitikberatkan peranan sejarah tanah air sebagai penanda aras untuk mengibarkan bendera kejayaan di puncak jagatraya. Dengan ini, kita pasti akan menyelami hikmat di sebalik kata-kata mutiara “meraka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”.

Hikmat di sebalik tinta George Santayana, “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” hendaklah dijadikan sebagai prioriti dan agenda prima dalam kehidupan. Implikasinya, masyarakat pasti dapat meredahi onak dan duri ketika berlari di padang hidup.

Berpayungkan kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”, sejarah tanah air pasti akan terus bersinaran dalam peredaran zaman.

“Mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Demikianlah analogi mudah yang memanifestasikan peri pentingnya pengenalan sejarah tanah air untuk membina mahligai kebahagiaan yang kukuh.

George Santayana pernah berkata “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”. Kenyataan ini menegaskan kepentingan mengenali sejarah tanah air dalam menerajui negara ke kemuncak kejayaan sehingga nusa kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.

Kata-kata mutiara George Santayana yang berbunyi “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” sememangnya termakan akal dan maakul. Hal ini demikian kerana kita dapat memperoleh pengajaran dan iktibar daripada sejarah tanah air.

Kata-kata pujanga George Santayana yang berbunyi “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” menjadi inspirasi kepada kita untuk mengenali sejarah tanah air.

George Santayana pernah berlafaz, “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Kata-kata ini memberi pengajaran kepada anak watan supaya menunaikan tanggungjawab untuk mengenali sejarah tanah air.

Kata-kata mutiara George Santayana, “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” boleh dijadikan pedoman dan petunjuk kepada masyarakat supaya meletakkan sejarah tanah air sebagai agenda utama dalam kehidupan.

Kita mestilah mengenali sejarah tanah air supaya tidak akan mengulangi kesilapan masa silam selaras dengan kata-kata pujangga “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”.

Kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” sememangnya berpijak di bumi nyata kerana sejarah tanah air amat penting untuk mengukir perahu hidup.


Kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” menyemai benih kesedaran dalam jiwa masyarakat untuk mengenali sejarah tanah air supaya dapat melakar pelangi berseri dalam kehidupan. 

Contoh Perenggan Pendahuluan

Negara kita, Malaysia telah menjadi tapak semaian untuk  membesarkan  cerucuk pembangunan yang berkarisma dan berkaliber. Sebagai anak Malaysia, kita seyogianya mengorak kelopak syurkur di dalam taman hati kerana tanpa Malaysia, siapakah kita? Menelusuri erti yang tersemat dalam puisi ‘Syair Jong Pecah’ yang berentak,
               “Kita dijajah empat kurun,
                 ditambah empat puluh enam tahun,
                 budaya dan ilmu setandus gurun,
                  harga diri semakin turun”,
kita diseru supaya mencintai tanah air. Setelah menghela panjang nafas kemerdekaan sejak tahun 1957, kita telah pun disuguhkan menara-menara kaca milenium yang  gagah dan megah. Antara sedar atau tidak, wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjungi transformasi pembangunan tanah air supaya negara kita mara menjadi negara maju sehingga setanding dengan negara atas angin. Ironisnya, terdapat sebahagian rakyat langsung tidak mengenali sejarah tanah air ketika kita asyik dan ghairah mendendangkan melodi negara maju  jaya dalam era globalisasi yang sarat dengan pancaroba. Cubalah kita bayangkan, mungkinkah seseorang itu mencintai tanah air sekiranya dia tidak mengerti susah payah dan pahit getir pejuang-pejuang terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan? Tepuk dada, tanyalah selera. Tinta hukama George Santayana yang berbunyi, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menggambarkan betapa penting dan vitalnya sejarah. Hakikatnya, sejarah ialah penawar dan pelengkap dalam kehidupan. Tanpa penghayatan dan pamahaman sejarah, mustahillah nagara kita berjaya menerjah kajayaan di sandiwara antarabangsa. Berpaksikan lafazan cerdik pandai Steve Jobs, “ Stay Hungry, Stay Foolish”,marilah kita celik daripada lena yang berpanjangan lalu mengindostrinasikan pengetahuan sejarah tanah air ke dalam jiwa anak-anak karana tak kenal maka tak cinta. Dengan ini, benih cinta akan nagara yang disemaikan akan bercambah menjadi tunas hijau lalu membesar menjadi pepohon yang sasa mencengkan tanah pada masa depan agar wawasan 2020 yang dicanangkan bukan lagi omongan. Pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, “apakah kepentingan mengenali latar belakang tanah air dalam era yang pantas beralih dan rancak berubah ini?”