Thursday, 6 April 2017

Simulator Penulisan 01 [Agama]

Agama
Ikatan keagamaan memandu sikap, pertuturan dan tindak-tanduk insan.
Agama ialah perisai yang menyelamatkan kita daripada musibah/ pegangan agama akan menjelma menjadi perisai ampuh kepada anak-anak untuk menepis godaan iblis yang mencuba menjerumuskan mereka ke kancah maksiat
Kita tidak akan jatuh ke lembah kehinaan kerana dapat membezakan antara dosa dengan pahala


Hawa nafsu tidak akan bermaharajarela dalam jiwa apatah lagi mengancam iktikad kita

Tipuan iblis dan godaan syaitan mencuba menjerumuskan kita ke lembah maksiat

Agama merupakan nur yang menerangi kehidupan

Kata-kata mutiara Imam al-Ghazali yang berbunyi, “ mencantikkan wajah bersuluhlah pada cermin, mencantikkan akhlak bercerminlah pada wajah"

Lafazan “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara menjadi pedoman kepada kita


Kata-kata berhikmat Albert Einstein “Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh”  jali memanifestasikan kemaslahatan pegangan agama.

Hamka : agama tidak melarang sesuatu pekerjaan sekiranya pekerjaan itu tidak merosakkan jiwa.

Contoh Rangsangan
[1] Usaha memerangi dadah/Masalah sosial
[2] Ciri-ciri rakyat Malaysia yang cemerlang/Modal insan
[3] Gaya hidup sihat/ Menangani Stres
[4] Nasihat kepada ahli keluarga/ rakan
[5] Pembentukan keluarga bahagia/masyarakat penyayang


Rangka Perenggan
[O.Isu.O] semakin tenat. Dengan ini, pelan tindakan yang represif dan efektif mestilah disusun atur sebelum nasi menjadi bubur.
Lafazan “Kepercayaan Kepada Tuhan” yang tertera dalam  dalam Rukun Negara memaparkan betapa pentingnya pegangan agama untuk menjalani kehidupan.
Dunia kontemporari ini penuh dangan pelbagai onak dan duri sehingga kita terkadang sesat di dalam rimba kegelapam
Agama ibarat nur yang menerangi kehidupan kita supaya bebas daripada anasir-anasir mazmumah

Usaha
1 Ibu bapa menjadi suri teladan…menyuburkan ajaran agama dalam jiwa anak-anak
2  Bersolat dan berzikir untuk mendekati ajaran Tuhan…menunaikan tanggungjawab terhadap agama/beribadat/mendalami kitab-kitab suci….Solat ialah penenang jiwa dan penyeri kehidupan
Dengan ini, ibu bapa perlulah berzikir dan bersembahyang supaya tindakan ini juga menjadi ikutan anak.
3 Sekolah agama/aktiviti keagamaan

Kesan
1 menginsafi kebesaran Tuahn/ tidak akan berdosa kerana takut akan hukuman Tuhan
2 Mengamalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan…menjadi insane yang soleh lagi soleh
3 kembali ke pangkal jalan/ bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan/ menghembuspadamkan godaan/api neraka
4 menjana kekuatan diri/ kesucian rohani/kesihatan emosi untuk melahirkan insan yang soleh lagi kamil untuk menjunjung ketamadunan tanah air

PrBhs
1 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
2  Sesat di hujung jalan,kembali ke pangkal jalan
3 Tanam lalang takkan tumbuh padi


 Cubalah

Asimilasi Idea : Usaha Menangai Stres


                                       
·         Agama ialah nur yang menerangi kehidupan/mencahayai masa depan
·         Agama menjadi indikator prima untuk mengatasi stres
·         Menenangkan jiwa/Benteng keimanan
·         Perisai yang ampuh untuk melindungi jiwa

Ø  Agama sebati dalam kehidupan
Ø  Bernasyid dan bermazmur harus menjadi rutin  kehidupan
Ø  Mendalami kitab suci(al-Quran)/bernasyid/sekolah agama
Ø  Menenangkan jiwa dan memotivasikan usaha apabila bersolat
Ø  Dapat menghayati kata-kata mutiara ketika mendalami kitab-kitab suci dan mengamalkannya
Ø  Menyelami nilai-nilai murni di sebalik ajaran agama
Ø  Jiwa yang bergelora akan menjadi tenang kerana degupun iantung,denyutan nadi dan hembusan nafas diselubungi kemuliaan
Ø  Pegangan agama yang kukuh dan sasa
Ø  Sentiasa bersyukur,tidak bersunggut-sunggut
Ø  Jadi insan yang soleh dan kamil
Ø  Berpegang teguh pada agama dan hidup bersemangat
Kesan
ü  Menyuntik semangat ke dalam atma dan terus berjuang
ü  Memiliki agama yang kukuh dan sasa untuk mendepani angin durjana
ü  Dapat menbezakan antara hampas dengan isi lantas berani mengharungi arus kehidupan Hamka”agama tidak akan melarang sesuatu tindakan sekiranya tindakan itu tidak merosakkan jiwa
ü  Tidak sesat di rimba kegelapan dan terjerumus ke lembah maksiat ketika menghadapi kesusahan dan kepetiran
ü  Hal ini demikian kerana kesucian rohani dan kebersihan emosi dapat menjana kekuatan iktikad
ü  Insaf dan serik akan kesalahan
ü  Tidak melakukan gengsterisme dan vandalisme untuk menghilangkan stres

Perenggan Esei : Asuhan Agama
Ihsan Pelajar-pelajar Tahun 2014/2015/2016




Adaptasi Mutiara Kata

Kita digalakkan memetik kata-kata berhikmat cerdik pandai untuk menggayakan penulisan di samping menjadi inspirasi kehidupan. Namun demikian, ramai yang kecundang ketika mengadaptasi kata-kata berhikmat tersebut.  Semoga coretan ini sedikit banyak memberikan bantuan. Terima kasih kepada pelajar-pelajar PTMM dan PTIP kerana memberikan ihsan dalam kerja pembinaan perenggan-perenggan berikut.

“mereka  yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” ….. George Santayana

Kepentingan sejarah tanah air

Kesiagaan rakyat belajar sejarah memang dapat mencerahkan masa depan ibu pertiwi kerana George Santayana pernah berlafaz “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”.
Pengetahuan sejarah yang mantap dapat mewujudkan kebangkitan remaja Malaysia sebagai modal insan. Pesanan azimat George Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya ” telah jali dan jelas memanifestasikan kepentingan memahami sejarah nusa tercinta.
George Santayana pernah berkata “mereka yang melupai sejarah pasti kan mengulanginya”. Kata-kata ini cukup ringkas tetapi membawa maksud yang padat kepada kita supaya menghayati sejarah tanah air.
Masyarakat seyogianya mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh dan pemimpin negara yang telah menyumbang khidmat bakti mereka demi kedaulatan bangsa dan negara supaya pisang tidak berbuah dua kali kerana George Santayana pernah menyatakan bahawa mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya
Hikmat di sebalik tinta mutiara George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menunjangi kehidupan masyarakat supaya kita dapat mengambil iktibar dan pedoman daripada peristiwa bersejarah.
Persis nasihat George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”, kita tidak boleh sekali-kala melupakan sejarah.
Pujangga George Santayana melaluinya mukadimahnya, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menasihati masyarakat supaya menghayati sejarah tanah air untuk memacu lonjakan masa depan.
Kata-kata George Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” telah memberikan tamparan pedas kepada seantero masyarakat supaya mereka memaklumi kepentingan dan kemaslahatan sejarah lalu mengorak langkah untuk turun padang agar benih penghayatan sejarah bertunas dalam setiap hati yang berdetik.
George Santayana pernah menukilkan kepentingan mengenali sejarah melalui kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”.
Kata-kata ahli falsafah Yunani George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” sengaja disunting untuk menyeru masyarakat supaya  tidak melemparkan sejarah tanah air di tempat tercorot.
Tinta-tinta berhikmat George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” sememangnya mengilhami seantero masyarakat untuk mengamati sejarah ibu pertiwi.
Nukilan yang ditinta oleh George Santayana, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” seyogianya menyuntik kesedaran dalam jiwa masyarakat.
Nasihat yang terpahat dalam kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula” jelas menasihati masyarakat supaya meletakkan sejarah tanah air sebagai prioriti dalam kehidupan.
Kata-kata mutiara George Santayana yang berbunyi “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” hendaklah dijadikan sebagai pegangan hidup masyarakat. Dengan ini masyarakat yang mengenali sejarah tanah air pasti dapat menjayakan aspirasi negara ketika mengemudi bahtera wawasan 2020 menujui pulau impian.
Kita seyogianya menitikberatkan peranan sejarah tanah air sebagai penanda aras untuk mengibarkan bendera kejayaan di puncak jagatraya. Dengan ini, kita pasti akan menyelami hikmat di sebalik kata-kata mutiara “meraka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”.
Hikmat di sebalik tinta George Santayana, “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” hendaklah dijadikan sebagai prioriti dan agenda prima dalam kehidupan. Implikasinya, masyarakat pasti dapat meredahi onak dan duri ketika berlari di padang hidup.
Berpayungkan kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”, sejarah tanah air pasti akan terus bersinaran dalam peredaran zaman.
“Mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Demikianlah analogi mudah yang memanifestasikan peri pentingnya pengenalan sejarah tanah air untuk membina mahligai kebahagiaan yang kukuh.

George Santayana pernah berkata “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”. Kenyataan ini menegaskan kepentingan mengenali sejarah tanah air dalam menerajui negara ke kemuncak kejayaan sehingga nusa kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.
Kata-kata mutiara George Santayana yang berbunyi “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” sememangnya termakan akal dan maakul. Hal ini demikian kerana kita dapat memperoleh pengajaran dan iktibar daripada sejarah tanah air.
Kata-kata pujanga George Santayana yang berbunyi “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” menjadi inspirasi kepada kita untuk mengenali sejarah tanah air.
George Santayana pernah berlafaz, “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Kata-kata ini memberi pengajaran kepada anak watan supaya menunaikan tanggungjawab untuk mengenali sejarah tanah air.
Kata-kata mutiara George Santayana, “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” boleh dijadikan pedoman dan petunjuk kepada masyarakat supaya meletakkan sejarah tanah air sebagai agenda utama dalam kehidupan.
Kita mestilah mengenali sejarah tanah air supaya tidak akan mengulangi kesilapan masa silam selaras dengan kata-kata pujangga “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”.
Kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” sememangnya berpijak di bumi nyata kerana sejarah tanah air amat penting untuk mengukir perahu hidup.
Kata-kata mutiara “mereka yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula” menyemai benih kesedaran dalam jiwa masyarakat untuk mengenali sejarah tanah air supaya dapat melakar pelangi berseri dalam kehidupan.


            Negara kita, Malaysia telah menjadi tapak semaian untuk  membesarkan  cerucuk pembangunan yang berkarisma dan berkaliber. Sebagai anak Malaysia, kita seyogianya mengorak kelopak syurkur di dalam taman hati kerana tanpa Malaysia, siapakah kita? Menelusuri erti yang tersemat dalam puisi ‘Syair Jong Pecah’ yang berentak,
               “Kita dijajah empat kurun,
                 ditambah empat puluh enam tahun,
                 budaya dan ilmu setandus gurun,
                  harga diri semakin turun”,

kita diseru supaya mencintai tanah air. Setelah menghela panjang nafas kemerdekaan sejak tahun 1957, kita telah pun disuguhkan menara-menara kaca milenium yang  gagah dan megah. Antara sedar atau tidak, wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjungi transformasi pembangunan tanah air supaya negara kita mara menjadi negara maju sehingga setanding dengan negara atas angin. Ironisnya, terdapat sebahagian rakyat langsung tidak mengenali sejarah tanah air ketika kita asyik dan ghairah mendendangkan melodi negara maju  jaya dalam era globalisasi yang sarat dengan pancaroba. Cubalah kita bayangkan, mungkinkah seseorang itu mencintai tanah air sekiranya dia tidak mengerti susah payah dan pahit getir pejuang-pejuang terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan? Tepuk dada, tanyalah selera. Tinta hukama George Santayana yang berbunyi, “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” menggambarkan betapa penting dan vitalnya sejarah. Hakikatnya, sejarah ialah penawar dan pelengkap kehidupan. Tanpa penghayatan dan pamahaman sejarah, mustahillah nagara kita berjaya menerjah kajayaan di sandiwara antarabangsa. Berpaksikan lafazan cerdik pandai Steve Jobs, “ Stay Hungry, Stay Foolish”,marilah kita celik daripada lena yang berpanjangan lalu mengindoktrinasikan pengetahuan sejarah tanah air ke dalam jiwa anak-anak kerana tak kenal maka tak cinta. Dengan ini, benih-benih cinta akan nagara yang disemaikan akan bercambah menjadi tunas hijau lalu membesar menjadi pepohon yang sasa mencengkan tanah pada masa depan agar wawasan 2020 yang dicanangkan bukan lagi omongan. Pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, “apakah kepentingan mengenali latar belakang tanah air dalam era yang pantas beralih dan rancak berubah ini?”.

Penanda Masa

·         Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan rancak beralih,
·         Dalam era globalisasi ini, (isu) telah menagih perhatian / tumpuan seantero masyarakat.
·         Ketika melangkah ke era modenisasi ini,
·         Dalam meniti arus digitalisasi ini,
·         Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik,

·         Masa untuk merealisasikan Wawasan 2020 tidak sampai sedekad lagi.
·         Zaman kontemporari ini penuh dengan pelbagai batu penghalang dan aral rintangan.
·         Dalam zaman yang penuh dengan onak dan duri,  kita terkadang tersesat dalam rimba kegelapan ini,
·         Menelusuri era milenium yang sarat dengan reformasi pancaroba, momentum arus globalisasi terus bergelora tanpa berlengah-lengah.
·         Masa pantas beralih dan beredar kerana pejam celik saja kita telah berada di ambang milenium baru yang penuh dengan cabaran.


·         Walaupun dunia moden ini telah pun melalui beberapa siri perkembangan dan kemajuan, namun (isu) tetap mendominasi keagungan dan keunggulan peradaban.


·         Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan komitmen rakyat jelata supaya sehati sejiwa memajukan tanah air.
·         Dalam era globalisasi ini , negara kita sedang terkial-kial mendayungi bahtera pembangunan menujui pulau impian Wawasan 2020.


·         Dasawarsa ini, negara kita telah menempa kajayaan yang unggul di persada antarabangsa sehingga " duduk sama rendah, berdiri sama tinggi " dengan negara gergasi di pentas antarabangsa.
·         Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 60 tahun, ibu pertiwi kita yamg telah bebas daripada cengkaman penjajah telah mampu melakar pelangi berseri di sandiwara sarwajagat.
·         PW, kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecapi, negara kita masih terkongkong dalam gelombang _____________ yang semakin rumit.


·         Pada era pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957.

Penanda Wacana

Jenis
Contoh
Turutan
Akhirnya
Akibatnya
Berkaitan dengan itu
Bicarawara seterusnya
Dengan ini
Dalam konteks ini
Dalam pada itu
Hal ini demikian
Hal ini disebabkan
Intihanya
Kemudiannya
Justifikasinya
Persepsi ini terjelma lantaran
Maka
Oleh sebab itu
Oleh hal yang demikian
Sehubungan dengan itu
Sejajar dengan ini
Selaras dengan itu
Seterusnya
Lebih penting lagi
Lantaran itu
Sebagai kesinambungan idea
Sebagai natijahnya
Penambahan
Bukan itu sahaja
Di samping itu
Hal ini bermaksud
Lanjutan daripada huraian yg terbentang
Lagipun
Rentetan daripada senario itu
Selain itu
Sementelahan itu
Selepas itu
Tambahan pula
Lebih-lebih lagi
Sealiran dengan itu
Perbandingan
Dengan nada yang berbeza
Dalam konotasi yang lain
Dari perspektif yang lain
Dari sudut kodifikasi yg berbeza
Jika berbanding dengan
Walau bagaimanapun
Malangnya
Meskipun demikian
Namun demikian
Namun begitu
Sebaliknya

Contoh
Biar kita mengambil contoh
Contohnya
Tamsilnya
Misalnya
Umpamanya
Masa
Dalam era digitalisasi
Dalam marcapada realiti ini
Dalam mengejar wawasan 2020
Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21
Dalam meniti arus kemodenan ini
Mendepani realiti dunia yg pantas berubah dan rancak beralih
Setelah lama menghela nafas kemerdekaan
Dasawarsa ini
Kebelakangan ini
Dewasa ini
Sejak dahulukala
Muktahir ini
Pada alaf ini
Marcapada ini
Kesimpulan
Akhir sekali
Kesimpulannya
Sebagai penghias bicara akhir
Sebagai pengitlaknanya
Sebagai penutup wacana
Sudah terang lagi bersuluh
Ringkasnya
Tegasnya
Tuntasnya
Konklusinya
Natijahnya
Jelaslah
Umum
Beralih ke jendela lain
Bertitik tolak daripada manifestasi ini
Cuba kita bayangkan
Jika dipandang dari sudut mana sekalipun
Jika kita fokuskan lensa perbincangan dalam skop yang lebih holistik
Jika ditelusuri dengan teliti
Masih ada sinaran di hujung terowong
Masih ada ruang yang boleh deperbaik
Memetik wasilah nirmala seterusnya
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar
Tidak dapat dinafikan bahawa
Secara analoginya
Biasanya 
Lazimnya
Lumrahnya
Hakikatnya
Realitinya    
Sebenarnya
Sesungguhnya
Sememangnya
Justeru
Kita akur kepada
Kita sedia maklum bahawa
Sebagaimana yang kita tahu
Persoalannya