Monday, 2 May 2016

Cubalah

Kata-kata berikut berkali-kali dilafazkan dalam filem Night at the Museum: Secret of the Tomb. 

Bagaimanapun, nukilan ini sememangnya memiliki kuasa magis untuk menyuntik semangat patriotik.

Berpandukan contoh-contoh sebelum ini, cubalah bina ayat-ayat. Cubalah!

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.

John Kennedy


Coretan itu amat indah


Sumbang saran Mei 2016

Senaraikan dan betulkan kesalahan tatabahasa
Krew filem itu bertungkus lumus untuk menyiapkan filem documentasi dan animasi karton. Dia berbuat demikian kerana tempoh masa sudah amat picik. Cuaca lembab dan tidak tertentu menyukarkan kerja. Artis yang membintangkan filem itu telahpun berkemas di kedai keriting. Penggambaran filem itu memakan kos yang berat. Namun demikian, mereka yakin filem itu akan mendapat sambutan yang aktuil.

Refleksi Soalan SPM
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Catatan : Betulkan kesalahan tatabahasa pada perkataan yang dihuruftebalkan.


SPM JUN 2015
(i)  Hidangan rebus ubi yang empuk itu amat enak dirasai pada waktu petang,
(ii) Pengetua telah mengurniakan sijil pencapaian cemerlang kepada semua murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
(iii) Filem yang dilihat oleh mereka itu berkisar terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.

SPM 2015
(i)       Pembakaran secara terbuka telah mengakibatkan kuantiti udara merosot di berapa kawasan.
(ii)          Pelbagai insentif-insentif yang menarik disediakan oleh kerajaan demi menguatkan produktiviti industri kecil dan sederhana.
(iii)           Belangkas ialah haiwan prasejarah yang ditimpa kepupusan yang serius malahan usaha untuk melindungi haiwan ini kurang dijalankan.