Cuba Murnikan Perenggan ...
Wednesday, 26 October 2016
Monday, 2 May 2016
Cubalah
Kata-kata berikut berkali-kali dilafazkan dalam filem Night at the Museum: Secret of the Tomb.
Bagaimanapun, nukilan ini sememangnya memiliki kuasa magis untuk menyuntik semangat patriotik.
Berpandukan contoh-contoh sebelum ini, cubalah bina ayat-ayat. Cubalah!
Jangan tanya apa
yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk
negara.
John Kennedy
Coretan itu amat indah
Sumbang
saran Mei 2016
Senaraikan dan betulkan kesalahan tatabahasa
Krew filem itu bertungkus lumus
untuk menyiapkan filem documentasi dan animasi karton. Dia berbuat demikian
kerana tempoh masa sudah amat picik. Cuaca lembab dan tidak tertentu
menyukarkan kerja. Artis yang membintangkan filem itu telahpun berkemas di
kedai keriting. Penggambaran filem itu memakan kos yang berat. Namun demikian,
mereka yakin filem itu akan mendapat sambutan yang aktuil.
Refleksi Soalan SPM
Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Catatan : Betulkan kesalahan tatabahasa pada perkataan yang dihuruftebalkan.
SPM
JUN 2015
(i) Hidangan rebus ubi
yang empuk itu amat enak dirasai pada waktu petang,
(ii) Pengetua telah mengurniakan
sijil pencapaian cemerlang kepada semua
murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
(iii)
Filem yang dilihat oleh mereka itu
berkisar terhadap kepentingan
penjagaan alam sekitar.
SPM
2015
(i) Pembakaran
secara terbuka telah mengakibatkan kuantiti
udara merosot di berapa kawasan.
(ii) Pelbagai insentif-insentif yang menarik disediakan oleh
kerajaan demi menguatkan
produktiviti industri kecil dan sederhana.
(iii) Belangkas
ialah haiwan prasejarah yang ditimpa
kepupusan yang serius malahan usaha
untuk melindungi haiwan ini kurang dijalankan.
Subscribe to:
Posts (Atom)